Tuesday, December 30, 2008

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


Kiriman : Abg Zeck

Sunday, December 21, 2008

Hijrah 1430 : Antik Atau Penyakit ?


Maal hijrah datang lagi, bermakna sudah berlalu setahun dari tahun yang sebelumnya. Rasa macam semalam segala berlaku, rupanya sudah lama. Rasanya baru kita menjejakkan kaki ke dunia, rupanya sudah banyak perkara yang kita lalui dan tempuhi. Bila semakin jauh perjalanan usia, maka semakin dekatlah destinasinya. Bermakna bertambahlah lembaran buku catatan kita tetapi lembaran yang mana? Yang negatif atau yang positif, semuanya dicatat dengan setia oleh dua malaikat yang ditugaskan di kiri dan kanan kita.

Kerana itu Maal Hijrah jadi begitu bererti bagi yang hendak baiki diri. Sempena memperingati hijah Rasulullah dari Makkah ke Madinah, kita ambil peluang untuk turut berhijrah bersama. Hijrah kita bukan naik unta, mencari tempat yang selamat untuk menyembah Tuhan tetapi hijrah kita adalah hijrah hati. Bukan tempat jadi halangan untuk besarkan Tuhan tapi hati yang belum tertempa untuk jinak dan bermanja dengan penciptaNya. Kerana itu hatilah yang perlu berhijrah. Hijrah tanpa unta, tanpa perlu berjalan di tengah panas, tanpa perlu takut di kejar musuh, tapi... Hijrah dari alam gelap kepada alam cahaya, alam leka kepada alam jaga, alam fantasi kepada alam realiti. Inilah kehidupan sementara sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.

Kita perlu berhijrah, dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besarnya. Mulalah dari yang kecil, kerana yang kecil itulah membentuk yang besar. Hijrahlah dari sikap tak baik kita kepada sikap yang baik. Terutama dalam soal diri kita sendiri, terlalu banyak soal tak baik yang kita masih jaga dengan baik.

Ibarat pindah ke rumah baru, dari rumah lama. Dalam packing barang tu, tentulah banyak sampah sarap, barang-barang lama yang kita tak berkenan lagi, kita jumpa. Barang-barang lama ni, takkanlah kita nk bawa sekali pindah, yang tak perlu seperti periuk yang dah tembus, tayar basikal lama, kain buruk, pinggan-mangkuk yang retak dan sumbing, kotak-kotak lama, kerusi yang dah patah riuk buat apa nak disimpan lagi. Tempat buang sampahlah selayaknya. Hanya yang baik-baik dan berguna saja kita bawa ke rumah baru.

Begitulah juga dengan penghijrahan diri yang sepatutnya. Nak masuk tahun baru ni, sikap-sikap yang berserabut dan berdebu tu, eloklah kita buang dan bersihkan. Suka merajuk, suka menunjuk, suka menyibuk, suka menyampuk, suka mengutuk, suka mengamuk dan pelbagai lagi kesukaan kita yng tak elok tu, janganlah kita simpan ibarat memelihara barang antik yang makin disimpan makin berharga. Kita perasan cantik dan antik, tapi orang lain naik jelik melihatnya.

Tapi pandanglah seperti penyakit kanser, makin dipendam semakin parah. Kalau bukan kita yang nak membuangnya, siapa lagi? Doktor hanya boleh membedah dan mengubatinya dengan kemahuan dan keizinan kita. Kalau kita masih sayang dan nak sehidup semati dengannya... apakan daya..

Kerana itu, sempena Tahun Baru Hijrah yang akan menjelma nanti, sambutlah dengan azam dan semangat yang baru... dari yang tak baik berhijrahlah kepada yang baik. Dari yang dah baik, kepada yang lebih baik. Minat mengumpul dan menyimpan sikap antik, eloklah diganti dengan usaha memulihkan penyakit, sebelum hijrah kita yang terakhir... dari dunia yang fana ini ke Alam Baqa yang kekal abadi. Inilah hijrah besar yang tiada lagi hijrah-hijrah selepasnya dan tiada lagi ’excuse’ untuk kita!

Tuesday, December 16, 2008

KISAH SEDIH TENTANG NURUL IMAN...

Entahlah… tidak tahu apa punca sebenarnya berlaku perkara ini setelah Nurul Iman diambil alih dan semenjak pertukaran kuasa pentadbiran, sedih rasa di hati ini apabila melihat kenangan lama di Nurul Iman telah tiada... semuanya sudah lenyap hanya tinggal tanah yang kosong… Terasa seperti berada ketika mula-mula Nurul Iman baru dibuka dahulu... Namun di hati berharap dan berdoa agar Nurul Iman akan mendapat yang terbaik untuknya. Doa ku semoga apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya, amin Ya Robbal Alamin...














Semuanya tinggal dalam kenangan surau, bangunan pejabat, bilik guru, kantin, dataran, kelas darjah, bilik air, makmal, kolam ikan hanya terbayang dalam ingatan...

Lagu Nurul Iman

Nurul Iman harumlah nama mu
Islam dasar tujuan mu
Membela umat yang berilmu dan beramal
Beriman serta bertaqwa

Umat yang seimbang duniawi dan ukhrawi
Sihat jasmani dan rohani
Membela umat patriot bangsa
Umat islam minta bakti mu

Percayalah diri mu bulatkan tekadmu
Nurul Iman bakti nyata

Nurul Iman 2x
Berilmu bertaqwa dan berjihad

Nurul Iman 2x
Semoga berjaya selamanya....

Simbolik Logo Nurul Iman


Kalimah Allah dan Muhammad : Melambangkan syahadah kita sebagai orang Islam yang beriman.

Bulatan : Melambangkan perpaduan antara keluarga besar Nurul Iman.

Bintang 9 Bucu : Melambangkan Wali Songo yang masyhur menyebarkan agama Islam.

Kaabah : Melambangkan hala tuju Qiblat kita yang satu.

Masjid Nabawi : Melambangkan Islam mula berkembang (Madinah Al-Munawwarah).

4 Kitab : Melambangkan 4 kitab yang menjadi rujukan iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qias.

Tali : Melambangkan ikatan kekeluargaan dan persaudaraan yang teguh.

Ulamak Intelek : Melahirkan pelajar yang lengkap dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Bintang 5 Bucu : Melambangkan Rukun Islam yang lima.

Organisasi Santri Nurul Iman (OSNI)

Penaung : Mudir Nurul Iman

Ketua Osni
Timbalan Ketua Osni
Setiausaha
Bendahari

Biro-Biro Osni :

1) Keamanan
2) Kebersihan
3) Pendidikan
4) Konsomsi & Dapur
5) Penyambut Tamu
6) Pertanian
7) Kesukanan




Aktiviti Tambahan :
  • Tiap-tiap pagi pagi dilatih Solat Dhuha.
  • Tiap seminggu sekali diadakan marhaban, pidato, nasyid, hadrah dan sebagainya.
  • Setiap hari Isnin dan Khamis dilatih puasa sunat.
  • Setiap malam jumaat diadakan tahlil, solat hajat, tasbih dan qiyamullail.

Wednesday, December 10, 2008

Objektif & Motto Nurul Iman

1) Memberi ilmu pengetahuan yang selengkapnya kepada para pelajar dalam bidang pengajian agama Islam dan akademik.

2) Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berwawasan(Ulamak Intelek).

3) Melahirkan pelajar yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam sebagai asas dalam kehidupan seharian.

4) Melahirkan golongan pendakwah yang berkebolehan dalam ajaran-ajaran Islam.

5) Melahirkan pelajar-pelajar yang berpotensi untuk menjadi pemimpin, imam, guru dan yang setanding dengannya.


Moto Nurul Iman :

Berilmu, Beramal, Bertaqwa dan Berjihad

Monday, December 01, 2008

Doa Harian Nurul Iman


Bismillahirahmanirrahim...

Ya Allah aku bersyukur kepada Mu
kerana Engkau telah menjadikan aku
orang yang beriman orang Islam,
bukan orang kafir

Ya Allah aku bersyukur kepada Mu
kerana Engkau telah menjadikan aku
umat Nabi Muhammad s.a.w

Ya Allah aku bersyukur kepada Mu
kerana Engkau telah menutupi dan
merahsiakan dosa-dosaku selama ini

Ya Allah aku bersyukur kepada Mu
kerana Engkau telah menjadikan rezekiku
tidak dikuasai orang lain

Bismillah....

Sahaja aku hari ini tidak akan zalim

Sahaja aku hari ini akan menolong orang yang mazlum

Sahaja aku hari ini akan menyempurnakan hajatnya saudara sesama Islam,

Lillahi ta'ala La haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim...

Kotak Carian