Sunday, January 25, 2009

Renung renungkanlah...

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknyaterlalu berkuasa. Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangansebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapasebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa. Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini. Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada20 00.org/Powerful- Jews.html ) mengenai soal tersebut.

Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - kemana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi). Begini tulisan beliau: Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta diAsia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kaliberkuasa daripada orang Islam.

Mengapa ini berlaku? Siapa mereka ini? Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman modenpaling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abadini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx,Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlichmenemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untukpenyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenaitransmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental,kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Waldmenang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobeldalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) . Willem Kolffmencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel ); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo),Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin(Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan(DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorangYahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekasSetiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS dibawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar SovietUnion); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs(bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulisBritian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB);Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan PerdanaMenteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard(bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) danRobert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer ( CNN );Barbara Walters ( ABC News ); Eugene Meyer ( Washington Post ); Henry Grunwald(Ketua Editor Time ); Katherine Graham (penerbit The Washington Post ); JosephLelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times ) dan Max Frankel ( The New YorkTimes ). Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2bilion. Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialahpemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Beckeradalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, PeterSellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, WillianShatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi? Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarahdan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210 ), Neil Simon ( The Odd Couple ), Andrew Vaina ( Rambo 1-2-3 ), Michael Man ( Starsky and Hutch ), Milos Forman ( One Flew Over The Cuckoo's Nest ), Douglas Fairbanks ( The Thief Of Baghdad ) and Ivan Reitman ( Ghostbusters ) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel. Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa? Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu. Mengapa umat Islam terlalu lemah? Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion diAsia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiaplima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam,setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.

Mengapa orang Islam terlalu lemah? Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma adakira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga jutaorang Islam. AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai JiaoTong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universi tiDunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoritipenduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiadanegara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf. Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam. Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejutapenduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta.

Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta(berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta). Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan danpembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan. Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yangdibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama adailmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan. Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah dibawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatanbernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan JermanAS$2.4 trilion. Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebihAS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa? Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran. See all the ways you can stay connected to friends and family.

Thursday, January 22, 2009

Selawat (1) Di Nurul Iman

Selawat-selawat ini dibaca oleh pelajar-pelajar ketika hendak menunaikan solat fardhu 5 waktu sementara menunggu imam datang. Ianya dibaca beramai-ramai supaya pelajar-pelajar cepat ingat dan menghafalnya.

اَسْتَغْفِرُالله رَبﱠالْبَرَيَا

اَسْتَغْفِرُالله مِنَ الْخَطَايَا

رَبيﱢزِدْنِي عِلمًا نَافعًا

وَوَفِقنِي عَمَلاً مَقْبُولاً

يا الله يا محمد

يا ابى بكرالصديق

الله يا عمر عثمان وعلي

ستي فاطمه بنتِ رسولِ

Bacaan Rumi :

Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khotoyaa
Robbi Zidni Ilman Nafiaa'
Wawafiqni Amalam Maqbulaa
Ya Allahu Ya Muhammad
Ya Aba Bakar As-Siddiq
Allah Ya Umar Usman Wa Ali
Siti Fatimah Binti Rasuli



Muaturun selawat ini, klik disini : Download

Tuesday, January 13, 2009

Senarai Nama Tenaga Pengajar Nurul Iman


Untuk makluman kepada semua, penulis hanya dapat menyenaraikan nama-nama guru yang pernah mengajar di Nurul Iman, jika ada yang tertinggal penulis mohon diberitahu untuk disenaraikan di dalam blog ini. Penulis mohon maaf sebesar-besarnya jika ada yang ketinggalan dan kekhilafan. Jasa mereka tidak dapat dilupakan, sanggup berkorban untuk anak didiknya dan sanggup menerangi dan membakar diri demi mencerahkan masa depan orang lain ibarat lilin. Jasa guruku tak terhingga!!!

1) Mudir Nurul Iman Drs. Kiyai Hj. T. Wahidin Soekarno Al-Haj
2) Mama Rozita
3) Ustaz Mukhlas Syarkun
4) Ustaz Norhadi Muslim
5) Ustaz Sohibi Al-Hafiz
6) Ustaz Ubaidillah
7) Ustaz Agus
8) Ustaz Huda
9) Ustaz Matrawi
10) Ustaz Masrufi
11) Ustaz Miftahul Ulum
12) Ustaz Saiful Rasyad
13) Ustaz Ibnu Masykur
14) Ustaz Ubaidillah ( adik mudir )
15) Ustaz Shaiho
16) Ustazah Ummu Hanim
17) Cikgu Azahari
18) Cikgu Khadijah
19) Ustaz Miftahuddin
20) Ustazah Raudhah
21) Cikgu Rohayu
22) Cikgu2 dari Maktab Perguruan (BM, BI, Maths, Sains)
23) Ustaz Matlasah (Al-Fatihah untuk arwah)
24) Ustazah Halimah
25) Ustazah Laili
26) Ustazah Mariani
27) Cikgu Khamsiah
28) Cikgu Norazlina
29) Cikgu Norasyikin
30) Pak Rojibi (Guru Silat)
31) Ustaz Salleh
32) Ustaz Zaki
33) Ustaz Hamidi
34) Ustazah Masliza
35) Ustazah Elly
36) Ustaz Muallimin
37) Ustazah Lily
38) Ustaz Sofian
39) Cikgu Nor Mohd Shah
40) Cikgu Nasir @ Osman
41) Ustazah Azlinda

Thursday, January 08, 2009

KISAH LIMA PERKARA ANEH


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berfirman Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.


Kiriman : Akhi E-1

Sunday, January 04, 2009

Kisah Bumi Dan Langit


Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.


Kiriman : Akhi Ismail

Kotak Carian