Sunday, February 22, 2009

Riwayat Asal Kejadian Nabi Adam a.s.


Pada suatu ketika Allah s.w.t. menitahkan Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Namun ketika tiba di bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, demi Allah ia tidak akan rela sebahagian tanahnya dijadikan Adam. Kerana ia bimbang kelak Adam akan berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpahnya bumi. Kemudian Allah menitahkan malaikat Mikail turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, kembali ke hadrat Allah dengan tangan hampa.

Akhir sekali Allah menyuruh Malaikat Izra'il turun ke bumi untuk mengambil tanah. Kata Allah: "Hai Izra'il engkau kini Aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun, jangan engkau undur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas nama-Ku."

Setelah Izra'il tiba di atas bumi, dia berkata: "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantuh atas pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada Allah, bukan?".

Mendengar perkataan Izra'il, maka bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izra'il mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi. Setelah Izra'il mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Illahi.

Kata Allah: "Ya Izra'il, pertama engkau yang Aku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut roh manusia."
"Jika demikian hamba bimbang yang hamba ini akan jadi dibenci anak Adam kerana pekerjaan hamba ini," kata Izra'il.
"Tidak," jawab Allah: "Tidak mereka akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya."

Mengikut keterangan para Ulama bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut:

01. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
02. Tanah Bukit Tursina
03. Tanah Iraq
04. Tanah Aden
05. Telaga Al-Kautsar
06. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
07. Tanah Paris
08. Tanah Khurisan
09. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah Syurga Firdaus
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas:

* Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah tempat akal.
* Telinganya dari tanah Bukit Tursina, kerana ia alat pendengar tempat penerima nasihat.
* Dahinya dari Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
* Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
* Mata dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat untuk menarik perhatian.
* Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat untuk memanis-manis.
* Tangan kanannya dari tanah ka'abah, untuk mencari nafkah dan kerja-kerja sesama manusia.
* Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
* Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.
* Kemaluannya dari tanah Babylon. Di situ tempat sex (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
* Tulang dari tanah Bukit Tursina, alat peneguh tubuh badan.
* Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.
* Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
* Lidahnya, dari tanah Tha'if tempat mengucap kalimat syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.

-- Dipetik dari Mingguan Famili Disember 1997--

Kiriman : Akhi Subairi (bai)

Thursday, February 19, 2009

Selawat (8) Di Nurul Iman

Selawat Burdah

Selawat ini biasanya dibaca setiap kali sesudah sembahyang fardhu iaitu apabila selesai membaca zikir dan imam selesai berdoa. Juga dibaca beramai-ramai oleh para pelajar. Uniknya selawat ini boleh dibaca dengan pelbagai irama dan melodi yang bersesuaian dengannya.

مولاي صل وسلم دائما أبدا

على حبيبك خير خلق كلهم

هو الحبيب الذي ترجى شفاعته

لكل هول من الأهوال مقتحم

يا رب بالمصطفى بلغ مقا صدنا

واغفرلنا ما مضى يا واسع الكرم


Muaturun Selawat ini, klik disini : Download

Tuesday, February 17, 2009

Tiga Pertanyaan


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan;

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

Kiriman : Akhi Imam Mahalli

Thursday, February 12, 2009

Sekitar Sambutan Alumni Nurul Iman Tahun 2008

Disini, penulis dapat kongsikan sekitar suasana ketika sambutan Majlis Alumni di Nurul Iman pada tahun 2008, namun penulis tidak dapat hadir diatas sebab yang tidak dapat dielakkan. Jadi penulis mohon maaf sebesar-besarnya kepada semua sahabat dan kawan yang yang ada bersama menyambut hari tersebut. Moga gambar2 ini dapat mengenangkan kembali memori manis disana.






















Ini diantara alumni-alumni Nurul Iman yang datang memeriahkan pada majlis tersebut, ada penulis yg masih mengenalinya namun terlupa akan namanya sesetengah orang. Penulis mohon maaf sebanyak-banyaknya...

Tuesday, February 10, 2009

Kakitangan Yang Berkhidmat Di Nurul Iman

Disini penulis ingin mencatatkan nama-nama kakitangan yang pernah dan yang sedang berkhidmat di Nurul Iman. Tanpa mereka Nurul Iman tidak dapat untuk menjalankan aktiviti harian dengan sebaiknya, mereka adalah ibarat tulang belakang Nurul Iman untuk menggerakan perjalanan seharian. Penulis hanya dapat mencoretkan nama-nama panggilan yang biasa kami panggil untuk mereka kerana tidak pasti nama mereka yang sebenarnya. Jasa mereka juga jangan dilupakan, penulis mohon maaf sebanyaknya jika ada yang tertinggal dan mohon diberitahu untuk disenaraikan.
  1. Ibu Rihana
  2. Mbak Lina
  3. Mbak Rohana
  4. Mbak Riayah
  5. Mbak Nana
  6. Mbak Siti
  7. Mbak Dian
  8. En. Meor
  9. Pak Budi
  10. Abg Mustafa
  11. Mbak Yaya
  12. Kak Zirni
  13. Ustaz Mukhlas
  14. Ustaz Norhadi
  15. Pak Rojibi
  16. Kak Raudhah
  17. Pak Bimbit
  18. Mbak Nor
  19. Mamang
  20. Pak Asam
  21. Mbak Isti
  22. Mbak Muk
  23. Bibi
  24. Mbak Eti
  25. Mbak Ririn
  26. Abg Awi
  27. Pak Sya'rani

Monday, February 09, 2009

Selawat (7) Di Nurul Iman

Selawat Tafrijiyyah


Kelebihan Selawat Ini :

Imam Al-Qurtubi menerangkan bahawa jika dibaca 100 kali pada setiap hari, dilepaskan daripada dukacita, diluaskan rezeki, dibukakan pintu kebajikan, dihindarkan daripada kelaparan dan kemiskinan serta dibangkitkan rasa kasih sayang pada hati orang.

Muaturun Selawat ini dalam format Mp3, klik disini : Download

Sunday, February 08, 2009

Selawat (6) Di Nurul Iman

اللهم صل على سيدنا محمد

واشغل الظالمين بالظالمين

واخرجنا من بينهم سالمين

وعلى آله وصحبه اجمعين



Bacaan Rumi :

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad
Wa Ashghiliz Zolimin Biz Zolimin
Wa Akhrijna Mim Bainihim Salimin
Wa A'la Alihi Wa Sohbihi Ajma'in

Thursday, February 05, 2009

Selawat (5) Di Nurul Iman

Selawat untuk dimudahkan kita menunaikan fardhu haji.

اللهم يسّرلنا زيارة المكة والمدينة

والمسجد المبارك ورزﱡقنا السلامة والعافية

بجاه سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم

وآله وصحبه وسلم

امين يا ربﱠ العالمين




Bacaan Rumi :

Allahumma Yassirlana Ziarotal Makkata Wal Madinah
Wa Masjidil Mubarok War Zuqna Salamata Wal A'fiah
Bijahi Sayyidina Muhammad s.a.w
Wa Alihi Wa Sohbihi Wasallam
Amin 2x Ya Robbal Alamin

Wednesday, February 04, 2009

Selingkar Kisah...

Pada sekitar bulan mei 1985.......

Doa (4) Di Nurul Iman

الله يا كريم انزل علينا

من السمآء ماء مدرارا



Bacaan Jawi :

Allahu Ya Karim Anzil Alaina
Minas Samaii Ma Amidraraa


Catatan :

Ini adalah doa untuk meminta hujan, doa ini selalu dibaca ketika musim kemarau.

Tuesday, February 03, 2009

Doa (3) Di Nurul Iman

اللهم انت السلام

ومنك السلام واليك يعود السلام

فحينا ربنا بالسلام

وادخلنا جنة داراسلام



Bacaan Rumi :

Allahumma Antas Salam
Wa Minkas Salam Wa Ilaika Yau'dus Salam
Fahayyana Robbana Bis Salam
Wa Adkhilna Jannata Darussalam

Monday, February 02, 2009

Selawat (2) Di Nurul Iman

استغفرالله العظيم يا ذاالجلال والاكرام

استغفرالله العظيم من الذنوبِ والاثَام


Bacaan Rumi :

Astaghfirullahal Azim Ya Zhal Jalali Wa Ikram
Astaghfirullahal Azim Minaz Zhunubi Wa Atham

Sunday, February 01, 2009

Rahsia SOLAT yang ramai tidak ketahui......


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Assalamua'laikum wr wb......... .
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk Tahhiyat Akhir : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Kiriman : Akhi Ali Rahmat

Kotak Carian