Thursday, January 28, 2010

Kelebihan Menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun“[1].

Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan besar bagi orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, terlebih lagi sunnah yang telah ditinggalkan kebanyakan orang. Oleh karena itu, Imam Ibnu Majah mencantumkan hadits ini dalam kitab “Sunan Ibnu Majah” pada Bab: “(Keutamaan) orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia)”[2].

Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata, “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam), karena sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit jumlahnya (di kalangan manusia)”[3].

Faedah-faedah penting yang terkandung dalam hadits ini:

- Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, baik ucapan, perbuatan maupun penetapan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam[4], yang ditujukan sebagai syariat bagi umat Islam[5].

- Arti “menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam” adalah memahami petunjuk Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, mengamalkan dan menyebarkannya di kalangan manusia, serta menganjurkan orang lain untuk mengikutinya dan melarang dari menyelisihinya[6].

- Orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam akan mendapatkan dua keutamaan (pahala) sekaligus, yaitu [1] keutamaan mengamalkan sunnah itu sendiri dan [2] keutamaan menghidupkannya di tengah-tengah manusia yang telah melupakannya.

Syaikh Muhammad bih Shaleh al-’Utsaimin -rahimahullah- berkata, “Sesungguhnya sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam jika semakin dilupakan, maka (keutamaan) mengamalkannya pun semakin kuat (besar), karena (orang yang mengamalkannya) akan mendapatkan keutamaan mengamalkan (sunnah itu sendiri) dan (keutamaan) menyebarkan (menghidupkan) sunnah di kalangan manusia”[7].

- Allah Ta’ala memuji semua perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menamakannya sebagai “teladan yang baik“, dalam firman-Nya,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS al-Ahzaab:21).

Ini menunjukkan bahwa orang yang meneladani sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berarti dia telah menempuh ash-shirathal mustaqim (jalan yang lurus) yang akan membawanya mendapatkan kemuliaan dan rahmat Allah Ta’ala[8].

- Ayat ini juga mengisyaratkan satu faedah yang penting untuk direnungkan, yaitu keterikatan antara meneladani sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan kesempurnaan iman kepada Allah dan hari akhir, yang ini berarti bahwa semangat dan kesungguhan seorang muslim untuk meneladani sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan pertanda kesempurnaan imannya.

Syaikh Abdurrahman as-Sa’di ketika menjelaskan makna ayat di atas, beliau berkata, “Teladan yang baik (pada diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) ini, yang akan mendapatkan taufik (dari Allah Ta’ala) untuk mengikutinya hanyalah orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan) di hari akhir. Karena (kesempurnaan) iman, ketakutan pada Allah, serta pengharapan balasan kebaikan dan ketakutan akan siksaan Allah, inilah yang memotivasi seseorang untuk meneladani (sunnah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam“[9].

 Kiriman : Akhina Nailul Fardi

Wednesday, January 27, 2010

Sejarah Ringkas Taman Pendidikan Islam Nurul Iman

(Berdasarkan dari pengasas Mudir Nurul Iman Drs. Kiyai Haji Tunggul Wahidin Soekarno)

Pada sekitar bulan Mei 1985, selepas saya menghadiri musyawarah PERJAS (Persatuan Jawa Peranakan Wilayah & Selangor) di kediaman Raden Supatan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, saya telah didatangi oleh Tuan Haji Baharuddin Haji Noor, Mantan Ketua Kampung dan Ketua Peneroka Kampung Bukit Cherakah, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Setelah perbincangan yang cukup panjang lebar di mana beliau mengenali saya melalui RTM 1 sewaktu saya selalu mengisi Program Bimbingan Agama di RTM 1, di mana beliau telah mempelawa saya untuk mendirikan sekolah agama dan pondok pesantren. Dalam perbincangan tersebut saya telah bersetuju dan seminggu kemudian saya telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Kampung Tuan Haji Baharuddin Haji Noor sekaligus meninjau ke lokasi yang telah dirancangkan sebagai tapak pembinaan pondok pesantren. Ternyata tempatnya terpencil dan masih merupakan semak samun tanpa boleh dihubungi dengan sebarang kenderaan melainkan dengan berjalan kaki sahaja. Maklumlah tempat jin bertendang, kemudian dengan lafaz :

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء فى الأرض
ولا فى السماء وهو السميع العليم

Saya mengambil segumpal tanah untuk saya bawa balik dan istikharah memohon petunjuk dari Allah s.w.t. Alhamdulillah hasilnya cukup baik walaupun ada isyarat gangguan besar tetapi sudah menjadi ajaran agama Allah dan Rasulnya tidak ada kemenangan tanpa perjuangan, tidak ada bahagia tanpa sengsara dan tidak ada sinar mentari tanpa melalui gelapnya malam. Bahkan sejarah telah membuktikan perjuangan nabi-nabi antaranya :
  • Tidak akan berjaya perjuangan Nabi Nuh a.s dalam membina bahtera tanpa celaan dan hinaan dari sahabat dan putranya.
  • Tidak akan berhasil perjuangan Nabi Ibrahim a.s tanpa tentangan dari ayah kandungnya dan Raja Namrud.
  • Tidak akan berjaya perjuangan Nabi Musa a.s tanpa tentangan dari ayah angkatnya Firaun.
  • Dan tidak akan sukses perjuangan Nabi Muhammas s.a.w tanpa cabaran dari pakciknya Abu Jahal, Abu Lahab dan sahabat-sahabatnya.
Bersambung...

    Tuesday, January 12, 2010

    Kelebihan Bulan Muharram


    Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

    Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

    Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
    Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

    Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

    Kelebihan Hari Assyuuraa' & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

    Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
    Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
    Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.

    Jawab Rasulullah: Benar!.
    • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
    • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
    • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
    • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
    • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
    • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
    • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
    • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
    • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
    • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

    Peristiwa 10 Muharram

    10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
    Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

    1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
    2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
    3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
    4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
    5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
    6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
    7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
    8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
    9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
    10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
    11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
    12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
    13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
    14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
    15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
    16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
    17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
    18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
    19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
    20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
    21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
    22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

    Peristiwa lain

    1. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
    2. Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
    3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
    4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
    5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
    6. Allah menjadikan 'Arasy.
    7. Allah menjadikan alam.
    8. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

    Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

    Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.
    Sufyan berkata; Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.

    Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

    Abul Laits berkata; Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

    1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
    2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
    3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
    4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
    5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
    6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
    7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
    8. Allah menenggelamkan Fir'aun
    9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
    10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

    Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa'. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.

    1. Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
    2. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
    3. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
    4. Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
    5. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
    6. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
    7. Hari Idul Adha iaitu hari berqurban.
    8. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
    9. Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

    Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama;
    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

    Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)
    Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

    Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)
    Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

    Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

    Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

    Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).
    Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

    Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:

    1. Malam Awal Muharram
    2. Malam 10 Muharram
    3. Malam Awal Rejab
    4. Malam 15 Rejab
    5. Malam 27 Rejab
    6. Malam 15 Sya'ban
    7. Malam Arafah
    8. Malam 1 Syawal
    9. Malam 10 Zulhijjah
    10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

    Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
    a) Qiamullail
    b) Membaca Al-Quran
    c) Zikir

    Bersabda Rasulullah s.a.w.:
    "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."
    "Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"
    "Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."
    "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" .

    Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan daripada Allah SWT, Insya –Allah

    Wallahu Alam.

    Monday, January 04, 2010

    UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

    "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"

    Tafsirannya:

    Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

    Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

    Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat : Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.

    Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

    Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

    Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
    Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
    (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

    Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
    Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

    Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

    Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

    Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

    Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
    tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

    Sabda Rasulullah SAW lagi:
    Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
    malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

    Nota:
    Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

    1) Sedekah/amal jariahnya
    2) Doa anak-anaknya yang soleh
    3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

    Kiriman : Akhina Syuaib

    Kotak Carian