Sunday, December 27, 2009

Peristiwa Penting Pada Hari Asyuraa (10 Muharram)


Muharram bererti bulan yang diharamkan. Menurut sejarah ia dinamakan demikian kerana pada bulan ini Bangsa Arab tidak dibenarkan berperang. Larangan ini berlaku sehingga ketibaan Islam. Setelah Islam bertapak kukuh ianya dimansuhkan. Banyak peristiwa penting berlaku di Bulan Muharram khususnya di hari Asyuraa iaitu 10 Muharram :
  • Hari pertama Allah s.w.t menjadikan alam ini.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Hari pertama Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Allah menerima taubat Nabi Adam a.s dan membersihkan baginda daripada segala dosa.
  • Allah mengangkat martabat Nabi Idris a.s ke tempatyang tinggi.
  • Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s daripada kekejaman Namrud yang membakar baginda hidup-hidup.
  • Allah mengeluarkan Nabi Yusuf a.s daripada penjara setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Zulaikha.
  • Allah menyelamatkan Nabi Nuh a.s yang terapung-apung bersama pengikut-pengikutnya di dalam bahtera baginda tatkala dilanda banjir besar.
  • Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub setelah buta beberapa lama akibat menangisi nasib anaknya Yusuf yang hilang.
  • Nabi Yunus a.s terselamat di dalam perut ikan Nun setelah ditelan selama 40 hari 40 malam. Baginda diselamatkan setelah bertaubat dan berzikir banyaknya.
  • Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s dari dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya.
  • Allah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s yang telah dideritai oleh baginda sekian lama.

Kiriman : Akhi Mistar

1 comment:

TPI Nurul Iman said...

Kepada sesiapa yg ingin mengirim sebarang artikel yg bermanfaat untk dikongsikan di sini. sila emelkan pada tpi_nuruliman@yahoo.com.my

Kotak Carian