Thursday, August 13, 2009

Perutusan Dari Mudir Maahad

Ruj Kami : 099/TAP/L/09/13/TPINI

Tarikh : 1 Rejab 1430
24 Jun 2009

Kepada :

YBHG. DATO’/ DATIN/ TUAN/ PUAN :
PARA DERMAWAN YANG DIMULIAKAN ALLAH S.W.T


Assalamualaikum Wr. Wb.

PER : MOHON BANTUAN MEMBINA MAAHAD TAHFIZUL QUR’AN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Selawat dan Salam semoga tetap kepada Junjungan Nabi Besar Muhammad S.A.W.

Dengan segala hormatnya kami mewakili keluarga besar Taman Pendidikan Islam Nurul Iman selalu mendoakan kebahagian, keselamatan, kesejahteraan dan ketenangan zahir dan batin serta semoga selalu mendapat limpahan taufiq dan hidayah, inayah serta redha Allah SWT. Kami juga selalu menghaturkan banyak terima kasih dan Jazakumullah Khairan Katsiran atas segala sokongan yang berterusan baik moral mahupun material terhadap Pondok Pesantren (Taman Pendidikan Islam Nurul Iman).

Walaubagaimanapun oleh kerana kemampuan kami sangat terbatas terutama dari segi kewangan maka besar harapan kami untuk selalu melibatkan Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk membantu kami dalam menyempurnakan Maahad Tahfiz ini yang akan kami bina di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.

Bersama ini kami lampirkan gambar cadangan pembinaan Maahad Tahfiz tersebut. Pembiayaan keseluruhan dianggarkan RM 7,000,000 (Tujuh Juta Ringgit).

Adapun Zakat/ Sedekah/ Sumbangan boleh terus disalurkan pada No. Akaun TPINI Bank Islam Caw. Shah Alam No. 9010007439.

Sekian rayuan dan permohonan kami, atas segala perhatian, bantuan dan sokongan Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, kami hanya mampu menghaturkan Jazakumullah Khairan Katsiran dan jutaan terima kasih, semoga panjang umur, murah rezeki yang berkat, manfaat dunia dan akhirat.

Wabillahi taufiq wal hidayah,

Wassalamualaikum Wr. Wb.

Yang Benar,

Drs. Hj. T. Wahidin Soekarno

Pengarah dan Pimpinan Maahad

No comments:

Kotak Carian