Dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah, tentunya tidak sepi dari gangguan dan halangan yang sebenarnya sudah menjadi Sunnah dalam perjuangan dan ianya terbukti sejak wujudnya manusia iaitu dari Nabi Adam a.s sehinggalah kepada Junjungan kita Nabi Muhammad saw yang tidak putus-putus menerima tentangan, celaan dan hinaan juga fitnah, baik secara fizikan mahupun mental. Sebagai umat Nabi Muhammad saw, kita telah diberi contoh dan sunnah yang baik antaranya tatkala Baginda mendapat tawaran “3 Ta” iaitu harta, tahta dan wanita.
Nabi Muhammad saw telah mengeluarkan kata-kata azimat yang sangat begitu ampuh. Baginda berkata “Pakcik, walaupun matahari di letakkan di sebelah bahu kanan dan bulan di letakkan di sebelah bahu kiri, saya tidak akan berhenti memperjuangkan agama Allah, sehinggalah saya menang dalam perjuangan ini atau mati syahid. Inilah yang sepatutnya diwarisi oleh kita sebagai umah Nabi Muhammad saw.
Bahawa dalam memperjuangkan agama Allah, keadilan dan kebenaran, kita mesti sanggup menerima dan menghadapi 5 rintangan iaitu :
1. Mukmin yang dengki
2. Munafiq
3. Orang-orang kafir
4. Syaitan
5. Nafsu
Apabila kita sudah boleh menterjemahkan dalam kehidupan kita, insyaallah kita akan selalu dalam landasan yang benar dan mendapat pertolongan Allah. Tidak terkecuali dalam membina Taman Pendidikan Islam Nurul Iman terdapat dua gangguan iaitu :
1. Gangguan makhluk halus
- Pelajar sering hysteria, tidur dipindahkan, makan kaca, meracau, menjerit dan mempunyai kekuatan yang luar biasa dan apabila ditanya sering menunding kearah pokok yang besar. Namun dengan kuasa Allah, setelah pokok yang besar tersebut ditebang dan dimusnahkan, dijadikan tapak surau sudah tidak ada gangguan lagi.
2. Gangguan manusia
- Tapak bangunan ditaburi bunga rampai, kemenyan dan berbagai tulang
- Jalan menuju tapak bangunan ditaburi paku dan kaca
- Sewaktu bertugas di Sabah, terdapat ugutan yang mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Islam.
- Hampir setiap malam, rumah dan asrama dibaling batu.
- Ada penduduk sekitar menanam pokok durian, nangka dan cempedak dan mereka mendakwa tanah ini adalah miliknya.
- 3 kali terpaksa berhadapan dengan pihak polis disebabkan dakwaan menyimpan pendatang asing, dituduh mendera pelajar dan penderaan diantara murid (buli).
- Dituduh memberi ajaran sesat dan sekarang masih menunggu panggilan mahkamah kerana saya telah menyaman pihak JAIS dan Utusan Malaysia.
- Difitnah oleh pihak-pihak berkuasa sehingga terdapat larangan memberi ceramah, khutbah dan mengajar di selangor yang mana saya juga diberhentikan dari segala jawatan di pondok yang saya bina dari awal dan diambil ailh sehingga kini tanpa mendapat sebarang gantirugi dan pampasan.
Apapun yang paling menyedihkan lagi adalah Taman Pendidikan Islam Nurul Iman ini masih mempunyai hutang sebanyak RM 52,689.00 (Lima puluh dua ribu enam ratus lapan puluh sembilan ringgit). Namun syukur kepada Allah swt ada hamba Allah yang amat bermurah hati sudi melangsaikan sebahagian (Bil Air) hutang tersebut. Hanya dengan menadah tangan kepada Allah serta tangan-tangan yang mulia dari Tuan dan Puan inilah kami mohon pertolongan semoga Allah mengembalikan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman ini kepada yang hak atau setidak-tidaknya diberikan pampasan yang sewajarnya dan tempat yang lebih indah.
Jika ada sumbangan ikhlas derma, zakat dan wakaf AMAL JARIAH amatlah dialu-alukan untuk disalurkan ke Nurul Iman dan pihak tuan/ puan boleh menghubungi pihak pentadbiran Nurul Iman atau boleh terus menyumbang melalui akaun bank di :
Nama Akaun : Taman Pendidikan Islam Nurul Iman
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun Bank : 9010007439
No. Telefon : 019-3094080
Mudir Nurul Iman : Bapak Kiyai Haji T. Wahidin Soekarno Al-Haj
Semoga segala sumbangan ikhlas anda semua akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan sebaik-baik balasan dan pihak pentadbiran mengucapkan Syukran Jazilan Wa Afwan Kathiraa.
Showing posts with label Nurul Iman Dalam Selayang Pandang. Show all posts
Showing posts with label Nurul Iman Dalam Selayang Pandang. Show all posts
Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
ZAMAN KEGELAPAN TAMAN PENDIDIKAN ISLAM NURUL IMAN
Taman Pendidikan Islam Nurul Iman mengalami kejayaan sekitar tahun 1998 sehingga tahun 2004. Bermula tahun 2002 sudah bermula gangguan pada sekolah rendah di mana kami tidak dibenarkan mengambil pelajar baru dari kampong bukit cherakah dan sekitarnya kerana kononnya sudah ada Guru Besar yang baru untuk mentadbir sekolah rendah tetapi hakikatnya tidak pernah mengajar apalagi untun mentadbir. Sehinggalah sekitar tahun 2004 barulah ada pengganti guru besar dan bermula dari saat itulah sekolah rendah diambil alih dan saya telah memberikan kerjasama yang cukup baik kepada mereka tetapi alangkah terkejutnya saya apabila tahun 2005, sekolah menengah juga turut diambil alih.
Bermulalah episode perbincangan diantara saya dengan pihak JAIS, bahagian pendidikan. Bermula dengan perbincangan kali pertama, kali kedua dan kali ketiga. Namun begitu, baru sekali perbincangan keputusannya saya sudah tidak lagi dibenarkan mentadbir dan mengajar malahan guru-guru yang mengajar di sini juga tidak dibenarkan mengajar lagi tanpa mendapat sebarang upah/ gaji walau satu sen pun. Sehinggalah kini, (perkara ini telah saya lampirkan dalam surat tuntutan).
Bermula tahun 2005,kami para guru, pekerja am dan pekerja kantin telah kehilangan pekerjaan dan sebahagian besar ibubapa sudah tidak menghantar lagi anak-anak mereka mereka berikutan kekecohan yang berlaku. Akibat kehilangan pekerjaan, para guru telah kembali ke kampung halaman masing-masing dan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman hanya menerima para pelajar yang ingin menghafal Al-Quran sahaja.
Bilangan pelajar yang tinggal hanya seramai 160 pelajar sahaja pada tahun 2005 dan semakin menurun di mana pada tahun 2006 hanya tinggal 120 pelajar. Pada tahun 2007 kira-kira 65 pelajar yang tinggal dan hanya seramai 10 orang sahaja pada tahun 2008. Mudah-mudahan selepas ini dengan pertolongan Allah swt dan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang baru dapat mengembalikan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman kepada yang hak.

Thursday, April 22, 2010
ZAMAN KEGEMILANGAN TAMAN PENDIDIKAN ISLAM NURUL IMAN
Sebenarnya pembinaan pondok pesantern ini telah saya bina sejak tahun 1985 lagi tetapi oleh kerana saya telah ditugaskan ke ITM Cawangan Sabah dari tahun 1985 hingga 1989 dan sedikit sebanyak merencatkan proses pembinaan walaupun usaha pembinaan masih terus dilakukan secra kecil-kecilan.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Sabah dan bagi merealisasikan matlamat pembinaan Nurul Iman, saya harus meletakkan jawatan sebagai pensyarah di ITM. Akhirnya pada tahun 1990 saya tidak lagi menyambung kontrak dengan ITM dan terus menumpukan perhatian pada pembinaan Nurul Iman walaupun telah mendapat kecaman dari saudara mara dan adik beradik dari Tanjung Karang dan Kampung Delek, Klang.
Akhirnya pada tahun 1992, tapak dan kewujudan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman telah pun dirasmikan oleh YAB Dato’ Abu Sujak Haji Mahmood (Timbalan Menteri Besar Selangor). Tanpa menoleh kebelakang dan walaupun serba kekurangan dari kemudahan asas, maka bermulalah pengajian Al-Quran, Tahsin Solat, Hadis 40, Siarus Salikin dan Tafsir Jalalain di Nurul Iman. Pengajian ini terbuka kepada masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

Pengajian tetap diteruskan walaupun saya bertugas di Sabah dibawah kendalian Ustaz Habib. Pelajar yang belajar di sini semakin bertambah yang pada mulanya hanya sekitar dari Kampung Bukit Cherakah mula dari peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Alhamdulillah tahun pertama iaitu 1994 seramai 50 orang mendaftar untuk sekolah rendah dan 70 orang untuk sekolah menengah.
Yang lebih menggembirakan lagi ialah sekolah ini telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan JAIS dengan nombor pendaftaran (037/8) pada 14 hb Januari 1994. Dari tahun ke tahun Nurul Iman telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Perkembangan ini sangat meluas sehingga mendapat sambutan tidak hanya terbatas di Lembah Klang malahan dari seluruh Semenanjung, Singapura dan Thailand sehingga mencecah seramai 500 orang pelajar.
Perkembangan ini tidak hanya berdasarkan ramainya pelajar tetapi hasil perbincangan dan saranan dari sahabat-sahabat sewaktu bertugas di Sabah dahulu dan juga pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan dahulu seperti Ustaz Duruddin, Ustaz Dangiran dan ramai lagi yang menyarankan supaya membuat kertas kerja untuk mendapatkan bantuan dana setiap tahun dan juga dana untuk membaik pulih.
Nurul Iman juga mempunyai kemudahan seperti 40 set komputer, kelab komputer, kelab silat, kelab taekwando, pengakap, puteri Islam, bulan sabit merah, kelab pidato dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan di sini.
Namun apa yang telah dikecapi Nurul Iman tidak lama dan malang tidak berbau, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Kerana itu saya harus kembali ke ajaran Agama Allah dan RasulNya di mana harus sabar dan redha dengan ketentuanNya, lagi pun saya harus menyedarinya bahawa ada pepatah yang mengatakan tidak dinamakan lautan jika tidak bergelora dan tidak dinamakan manusia jika tidak salah dan alpa. Langit tidak selalunya cerah dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Itulah yang berlaku pada Taman Pendidikan Islam Nurul Iman sebelum Tsunami melanda Acheh dan krisis politik yang melanda Malaysia.
Sebenarnya saya telah berkali-kali menulis dan mengirim surat kepada Menteri Besar Selangor tetapi mengarahkan saya agar berjumpa dengan Pengarah JAIS. Jawapan yang sering diterima ialah ”POKOKNYA TIDAK BOLEH”, saya yang menurut perintah ini pada fikiran saya lebih baik berbicara dengan pokok.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Sabah dan bagi merealisasikan matlamat pembinaan Nurul Iman, saya harus meletakkan jawatan sebagai pensyarah di ITM. Akhirnya pada tahun 1990 saya tidak lagi menyambung kontrak dengan ITM dan terus menumpukan perhatian pada pembinaan Nurul Iman walaupun telah mendapat kecaman dari saudara mara dan adik beradik dari Tanjung Karang dan Kampung Delek, Klang.
Akhirnya pada tahun 1992, tapak dan kewujudan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman telah pun dirasmikan oleh YAB Dato’ Abu Sujak Haji Mahmood (Timbalan Menteri Besar Selangor). Tanpa menoleh kebelakang dan walaupun serba kekurangan dari kemudahan asas, maka bermulalah pengajian Al-Quran, Tahsin Solat, Hadis 40, Siarus Salikin dan Tafsir Jalalain di Nurul Iman. Pengajian ini terbuka kepada masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

Pengajian tetap diteruskan walaupun saya bertugas di Sabah dibawah kendalian Ustaz Habib. Pelajar yang belajar di sini semakin bertambah yang pada mulanya hanya sekitar dari Kampung Bukit Cherakah mula dari peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Alhamdulillah tahun pertama iaitu 1994 seramai 50 orang mendaftar untuk sekolah rendah dan 70 orang untuk sekolah menengah.
Yang lebih menggembirakan lagi ialah sekolah ini telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan JAIS dengan nombor pendaftaran (037/8) pada 14 hb Januari 1994. Dari tahun ke tahun Nurul Iman telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Perkembangan ini sangat meluas sehingga mendapat sambutan tidak hanya terbatas di Lembah Klang malahan dari seluruh Semenanjung, Singapura dan Thailand sehingga mencecah seramai 500 orang pelajar.Perkembangan ini tidak hanya berdasarkan ramainya pelajar tetapi hasil perbincangan dan saranan dari sahabat-sahabat sewaktu bertugas di Sabah dahulu dan juga pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan dahulu seperti Ustaz Duruddin, Ustaz Dangiran dan ramai lagi yang menyarankan supaya membuat kertas kerja untuk mendapatkan bantuan dana setiap tahun dan juga dana untuk membaik pulih.
Nurul Iman juga mempunyai kemudahan seperti 40 set komputer, kelab komputer, kelab silat, kelab taekwando, pengakap, puteri Islam, bulan sabit merah, kelab pidato dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan di sini.
Namun apa yang telah dikecapi Nurul Iman tidak lama dan malang tidak berbau, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Kerana itu saya harus kembali ke ajaran Agama Allah dan RasulNya di mana harus sabar dan redha dengan ketentuanNya, lagi pun saya harus menyedarinya bahawa ada pepatah yang mengatakan tidak dinamakan lautan jika tidak bergelora dan tidak dinamakan manusia jika tidak salah dan alpa. Langit tidak selalunya cerah dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Itulah yang berlaku pada Taman Pendidikan Islam Nurul Iman sebelum Tsunami melanda Acheh dan krisis politik yang melanda Malaysia.
Sebenarnya saya telah berkali-kali menulis dan mengirim surat kepada Menteri Besar Selangor tetapi mengarahkan saya agar berjumpa dengan Pengarah JAIS. Jawapan yang sering diterima ialah ”POKOKNYA TIDAK BOLEH”, saya yang menurut perintah ini pada fikiran saya lebih baik berbicara dengan pokok.
Tuesday, March 16, 2010
Dana Pembiayaan Pembangunan TPINI
"Jer basuki mowo beo" adalah istilah orang Jawa yang ertinya kalau ingin berjaya mesti dengan pembiayaan/ pengorbanan. Menyedari hal ini saya membentuk AJK Pembangunan untuk mencari dana dan saya urus secara rasmi yakni dengan izin/ restu daripada JAIS bahkan sebulan sekali saya berceramah di bangunan SUK Selangor. Dana-dana pembinaan seterusnya diperolehi dari :
Bersambung...
- Para dermawan
- Orang perseorangan
- Masjid dan surau
- Pejabat
- Kerajaan
Bersambung...
Monday, March 15, 2010
Pembinaan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman
Saya sebagai orang pesantren, maka adalah tepat saksi kalam diberi amanah untuk membina pondok pesantren dan disesuaikan istilahnya di Malaysia makan ianya dinamakan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman. Dengan kuasa Allah S.W.T saya seringkali bahkan hampir sebulan sekali berceramah di Sabak Bernam dan Sungai Besar terutamanya di Tebuk Pulai. Maka ketika saya umumkan pembinaan pondok pesantren di Bukit Cherakah, terus AJK masjid di sana mewakafkan kayu-kayu, tiang masjid yang masih boleh diguna untuk pembinaan pondok.
Alhamdulillah dengan bantuan Kontena Nasional dan Tuan Haji Ahmad dari Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang dan kami mengangkut kayu-kayu tersebut sehingga selesai. Dengan dipimpin oleh Al Marhum Tuan Haji Zuhdi dan murid-muridnya dari Pondok Haji Abu Dandak Sungai Pinang, Klang bermulalah pembinaan pertama menggunakan kayu-kayu wakaf dari Masjid Tebuk Pulai. Saya juga diperuntukkan sebidang tanah untuk kediaman Kiyai/ Mudir. Dalam seminggu sekali saya dengan para pekerja tidur di sini dan bermacam-macam gangguan yang dilalui, maklumlah tanah dara yang belum pernah dihuni orang. Setelah satu minggu, selesai pembinaan rumah sementara yang boleh digunakan untuk tidur dan istirehat. Saya mengajak seorang teman iaitu Ustaz Muhibbin dan anak-anak murid saya memulakan dengan Hafizul Quran dan bacaan Manaqib didahului solat hajat dan keesokkan harinya bermulalah pecah tanah sebagai tanda permulaan pembinaan sebuah pondok pesantren.

Wednesday, January 27, 2010
Sejarah Ringkas Taman Pendidikan Islam Nurul Iman
(Berdasarkan dari pengasas Mudir Nurul Iman Drs. Kiyai Haji Tunggul Wahidin Soekarno)
Pada sekitar bulan Mei 1985, selepas saya menghadiri musyawarah PERJAS (Persatuan Jawa Peranakan Wilayah & Selangor) di kediaman Raden Supatan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, saya telah didatangi oleh Tuan Haji Baharuddin Haji Noor, Mantan Ketua Kampung dan Ketua Peneroka Kampung Bukit Cherakah, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Setelah perbincangan yang cukup panjang lebar di mana beliau mengenali saya melalui RTM 1 sewaktu saya selalu mengisi Program Bimbingan Agama di RTM 1, di mana beliau telah mempelawa saya untuk mendirikan sekolah agama dan pondok pesantren. Dalam perbincangan tersebut saya telah bersetuju dan seminggu kemudian saya telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Kampung Tuan Haji Baharuddin Haji Noor sekaligus meninjau ke lokasi yang telah dirancangkan sebagai tapak pembinaan pondok pesantren. Ternyata tempatnya terpencil dan masih merupakan semak samun tanpa boleh dihubungi dengan sebarang kenderaan melainkan dengan berjalan kaki sahaja. Maklumlah tempat jin bertendang, kemudian dengan lafaz :
Saya mengambil segumpal tanah untuk saya bawa balik dan istikharah memohon petunjuk dari Allah s.w.t. Alhamdulillah hasilnya cukup baik walaupun ada isyarat gangguan besar tetapi sudah menjadi ajaran agama Allah dan Rasulnya tidak ada kemenangan tanpa perjuangan, tidak ada bahagia tanpa sengsara dan tidak ada sinar mentari tanpa melalui gelapnya malam. Bahkan sejarah telah membuktikan perjuangan nabi-nabi antaranya :
Pada sekitar bulan Mei 1985, selepas saya menghadiri musyawarah PERJAS (Persatuan Jawa Peranakan Wilayah & Selangor) di kediaman Raden Supatan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, saya telah didatangi oleh Tuan Haji Baharuddin Haji Noor, Mantan Ketua Kampung dan Ketua Peneroka Kampung Bukit Cherakah, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Setelah perbincangan yang cukup panjang lebar di mana beliau mengenali saya melalui RTM 1 sewaktu saya selalu mengisi Program Bimbingan Agama di RTM 1, di mana beliau telah mempelawa saya untuk mendirikan sekolah agama dan pondok pesantren. Dalam perbincangan tersebut saya telah bersetuju dan seminggu kemudian saya telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Kampung Tuan Haji Baharuddin Haji Noor sekaligus meninjau ke lokasi yang telah dirancangkan sebagai tapak pembinaan pondok pesantren. Ternyata tempatnya terpencil dan masih merupakan semak samun tanpa boleh dihubungi dengan sebarang kenderaan melainkan dengan berjalan kaki sahaja. Maklumlah tempat jin bertendang, kemudian dengan lafaz :
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء فى الأرض
ولا فى السماء وهو السميع العليم
- Tidak akan berjaya perjuangan Nabi Nuh a.s dalam membina bahtera tanpa celaan dan hinaan dari sahabat dan putranya.
- Tidak akan berhasil perjuangan Nabi Ibrahim a.s tanpa tentangan dari ayah kandungnya dan Raja Namrud.
- Tidak akan berjaya perjuangan Nabi Musa a.s tanpa tentangan dari ayah angkatnya Firaun.
- Dan tidak akan sukses perjuangan Nabi Muhammas s.a.w tanpa cabaran dari pakciknya Abu Jahal, Abu Lahab dan sahabat-sahabatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)