Wednesday, January 27, 2010

Sejarah Ringkas Taman Pendidikan Islam Nurul Iman

(Berdasarkan dari pengasas Mudir Nurul Iman Drs. Kiyai Haji Tunggul Wahidin Soekarno)

Pada sekitar bulan Mei 1985, selepas saya menghadiri musyawarah PERJAS (Persatuan Jawa Peranakan Wilayah & Selangor) di kediaman Raden Supatan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, saya telah didatangi oleh Tuan Haji Baharuddin Haji Noor, Mantan Ketua Kampung dan Ketua Peneroka Kampung Bukit Cherakah, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Setelah perbincangan yang cukup panjang lebar di mana beliau mengenali saya melalui RTM 1 sewaktu saya selalu mengisi Program Bimbingan Agama di RTM 1, di mana beliau telah mempelawa saya untuk mendirikan sekolah agama dan pondok pesantren. Dalam perbincangan tersebut saya telah bersetuju dan seminggu kemudian saya telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Kampung Tuan Haji Baharuddin Haji Noor sekaligus meninjau ke lokasi yang telah dirancangkan sebagai tapak pembinaan pondok pesantren. Ternyata tempatnya terpencil dan masih merupakan semak samun tanpa boleh dihubungi dengan sebarang kenderaan melainkan dengan berjalan kaki sahaja. Maklumlah tempat jin bertendang, kemudian dengan lafaz :

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء فى الأرض
ولا فى السماء وهو السميع العليم

Saya mengambil segumpal tanah untuk saya bawa balik dan istikharah memohon petunjuk dari Allah s.w.t. Alhamdulillah hasilnya cukup baik walaupun ada isyarat gangguan besar tetapi sudah menjadi ajaran agama Allah dan Rasulnya tidak ada kemenangan tanpa perjuangan, tidak ada bahagia tanpa sengsara dan tidak ada sinar mentari tanpa melalui gelapnya malam. Bahkan sejarah telah membuktikan perjuangan nabi-nabi antaranya :
  • Tidak akan berjaya perjuangan Nabi Nuh a.s dalam membina bahtera tanpa celaan dan hinaan dari sahabat dan putranya.
  • Tidak akan berhasil perjuangan Nabi Ibrahim a.s tanpa tentangan dari ayah kandungnya dan Raja Namrud.
  • Tidak akan berjaya perjuangan Nabi Musa a.s tanpa tentangan dari ayah angkatnya Firaun.
  • Dan tidak akan sukses perjuangan Nabi Muhammas s.a.w tanpa cabaran dari pakciknya Abu Jahal, Abu Lahab dan sahabat-sahabatnya.
Bersambung...

    No comments:

    Kotak Carian