Monday, March 15, 2010

Pembinaan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman

Saya sebagai orang pesantren, maka adalah tepat saksi kalam diberi amanah untuk membina pondok pesantren dan disesuaikan istilahnya di Malaysia makan ianya dinamakan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman. Dengan kuasa Allah S.W.T saya seringkali bahkan hampir sebulan sekali berceramah di Sabak Bernam dan Sungai Besar terutamanya di Tebuk Pulai. Maka ketika saya umumkan pembinaan pondok pesantren di Bukit Cherakah, terus AJK masjid di sana mewakafkan kayu-kayu, tiang masjid yang masih boleh diguna untuk pembinaan pondok.

Alhamdulillah dengan bantuan Kontena Nasional dan Tuan Haji Ahmad dari Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang dan kami mengangkut kayu-kayu tersebut sehingga selesai. Dengan dipimpin oleh Al Marhum Tuan Haji Zuhdi dan murid-muridnya dari Pondok Haji Abu Dandak Sungai Pinang, Klang bermulalah pembinaan pertama menggunakan kayu-kayu wakaf dari Masjid Tebuk Pulai. Saya juga diperuntukkan sebidang tanah untuk kediaman Kiyai/ Mudir. Dalam seminggu sekali saya dengan para pekerja tidur di sini dan bermacam-macam gangguan yang dilalui, maklumlah tanah dara yang belum pernah dihuni orang. Setelah satu minggu, selesai pembinaan rumah sementara yang boleh digunakan untuk tidur dan istirehat. Saya mengajak seorang teman iaitu Ustaz Muhibbin dan anak-anak murid saya memulakan dengan Hafizul Quran dan bacaan Manaqib didahului solat hajat dan keesokkan harinya bermulalah pecah tanah sebagai tanda permulaan pembinaan sebuah pondok pesantren.

Bersambung...

1 comment:

nooryahaya said...

Assalamualaikum wrb. Alhamdullillah kita dapat bertemu kembali di internet. Mungkin Pak Kiyai Tunggul Wahidin tidak pernah mengenali saya. Tetapi saya pernah mengenali Pak Kiyai Tunggul Wahidin sekitar tahun 75-77(atau lebih kurang masa itu). Saya berasal dari Masjid Baroh, Tanjong Karang. Masa itu saya masih 11 thn dan Pak Kiyai masih anakmuda duapuluhan tahun. Pak Kiyai menumpang di rumah arwah Ustad Mashuri, baru berhijrah dari Jawa. Zaman itu saya mengaji di pondok arwah Kiyai Abdul Ghafur dekat masjid baroh.

Kotak Carian