Sebenarnya pembinaan pondok pesantern ini telah saya bina sejak tahun 1985 lagi tetapi oleh kerana saya telah ditugaskan ke ITM Cawangan Sabah dari tahun 1985 hingga 1989 dan sedikit sebanyak merencatkan proses pembinaan walaupun usaha pembinaan masih terus dilakukan secra kecil-kecilan.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Sabah dan bagi merealisasikan matlamat pembinaan Nurul Iman, saya harus meletakkan jawatan sebagai pensyarah di ITM. Akhirnya pada tahun 1990 saya tidak lagi menyambung kontrak dengan ITM dan terus menumpukan perhatian pada pembinaan Nurul Iman walaupun telah mendapat kecaman dari saudara mara dan adik beradik dari Tanjung Karang dan Kampung Delek, Klang.
Akhirnya pada tahun 1992, tapak dan kewujudan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman telah pun dirasmikan oleh YAB Dato’ Abu Sujak Haji Mahmood (Timbalan Menteri Besar Selangor). Tanpa menoleh kebelakang dan walaupun serba kekurangan dari kemudahan asas, maka bermulalah pengajian Al-Quran, Tahsin Solat, Hadis 40, Siarus Salikin dan Tafsir Jalalain di Nurul Iman. Pengajian ini terbuka kepada masyarakat tanpa mengira peringkat umur.
Pengajian tetap diteruskan walaupun saya bertugas di Sabah dibawah kendalian Ustaz Habib. Pelajar yang belajar di sini semakin bertambah yang pada mulanya hanya sekitar dari Kampung Bukit Cherakah mula dari peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Alhamdulillah tahun pertama iaitu 1994 seramai 50 orang mendaftar untuk sekolah rendah dan 70 orang untuk sekolah menengah.
Yang lebih menggembirakan lagi ialah sekolah ini telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan JAIS dengan nombor pendaftaran (037/8) pada 14 hb Januari 1994. Dari tahun ke tahun Nurul Iman telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Perkembangan ini sangat meluas sehingga mendapat sambutan tidak hanya terbatas di Lembah Klang malahan dari seluruh Semenanjung, Singapura dan Thailand sehingga mencecah seramai 500 orang pelajar.
Perkembangan ini tidak hanya berdasarkan ramainya pelajar tetapi hasil perbincangan dan saranan dari sahabat-sahabat sewaktu bertugas di Sabah dahulu dan juga pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan dahulu seperti Ustaz Duruddin, Ustaz Dangiran dan ramai lagi yang menyarankan supaya membuat kertas kerja untuk mendapatkan bantuan dana setiap tahun dan juga dana untuk membaik pulih.
Nurul Iman juga mempunyai kemudahan seperti 40 set komputer, kelab komputer, kelab silat, kelab taekwando, pengakap, puteri Islam, bulan sabit merah, kelab pidato dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan di sini.
Namun apa yang telah dikecapi Nurul Iman tidak lama dan malang tidak berbau, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Kerana itu saya harus kembali ke ajaran Agama Allah dan RasulNya di mana harus sabar dan redha dengan ketentuanNya, lagi pun saya harus menyedarinya bahawa ada pepatah yang mengatakan tidak dinamakan lautan jika tidak bergelora dan tidak dinamakan manusia jika tidak salah dan alpa. Langit tidak selalunya cerah dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Itulah yang berlaku pada Taman Pendidikan Islam Nurul Iman sebelum Tsunami melanda Acheh dan krisis politik yang melanda Malaysia.
Sebenarnya saya telah berkali-kali menulis dan mengirim surat kepada Menteri Besar Selangor tetapi mengarahkan saya agar berjumpa dengan Pengarah JAIS. Jawapan yang sering diterima ialah ”POKOKNYA TIDAK BOLEH”, saya yang menurut perintah ini pada fikiran saya lebih baik berbicara dengan pokok.
No comments:
Post a Comment