Taman Pendidikan Islam Nurul Iman mengalami kejayaan sekitar tahun 1998 sehingga tahun 2004. Bermula tahun 2002 sudah bermula gangguan pada sekolah rendah di mana kami tidak dibenarkan mengambil pelajar baru dari kampong bukit cherakah dan sekitarnya kerana kononnya sudah ada Guru Besar yang baru untuk mentadbir sekolah rendah tetapi hakikatnya tidak pernah mengajar apalagi untun mentadbir. Sehinggalah sekitar tahun 2004 barulah ada pengganti guru besar dan bermula dari saat itulah sekolah rendah diambil alih dan saya telah memberikan kerjasama yang cukup baik kepada mereka tetapi alangkah terkejutnya saya apabila tahun 2005, sekolah menengah juga turut diambil alih.
Bermulalah episode perbincangan diantara saya dengan pihak JAIS, bahagian pendidikan. Bermula dengan perbincangan kali pertama, kali kedua dan kali ketiga. Namun begitu, baru sekali perbincangan keputusannya saya sudah tidak lagi dibenarkan mentadbir dan mengajar malahan guru-guru yang mengajar di sini juga tidak dibenarkan mengajar lagi tanpa mendapat sebarang upah/ gaji walau satu sen pun. Sehinggalah kini, (perkara ini telah saya lampirkan dalam surat tuntutan).
Bermula tahun 2005,kami para guru, pekerja am dan pekerja kantin telah kehilangan pekerjaan dan sebahagian besar ibubapa sudah tidak menghantar lagi anak-anak mereka mereka berikutan kekecohan yang berlaku. Akibat kehilangan pekerjaan, para guru telah kembali ke kampung halaman masing-masing dan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman hanya menerima para pelajar yang ingin menghafal Al-Quran sahaja.
Bilangan pelajar yang tinggal hanya seramai 160 pelajar sahaja pada tahun 2005 dan semakin menurun di mana pada tahun 2006 hanya tinggal 120 pelajar. Pada tahun 2007 kira-kira 65 pelajar yang tinggal dan hanya seramai 10 orang sahaja pada tahun 2008. Mudah-mudahan selepas ini dengan pertolongan Allah swt dan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang baru dapat mengembalikan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman kepada yang hak.
No comments:
Post a Comment