Monday, November 30, 2009

Doa - Doa Yang Dibaca Ketika Mengambil Wudhuk (1)

Doa Membasuh Muka :

اللهم بيض وجهي بنورك
يوم تبيض وجوه أوليائك
ولا تسود وجهي بظلومتك
يوم تسود وجوه أعدائك



Sunday, November 22, 2009

Wednesday, November 18, 2009

Hakikat Pernikahan


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan. Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat…dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrap.

3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI atau PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Kiriman : Ukhti Fadhilah Suradin

Thursday, November 12, 2009

Ilustrasi Warna Satu Blok Sekolah Tahfiz Tiga Tingkat

Cadangan sekolah dan asrama ini bercirikan rekabentuk Islam yang mengandungi :

- 1 Dataran
- 8 Buah Rumah Guru
- 22 Buah Bilik Kuliah
- 2 Buah Bilik Bacaan
- 8 Buah Bilik Tandas Utama
- 1 Unit Dewan Makan Beserta Dapur
- 1 Unit Perpustakaan
- 1 Unit Dewan Serbaguna
- 1 Unit Pejabat Pentadbiran Dan Bilik Guru
- 8 Buah Bilik Asrama



Di mana ianya merangkumi :

Luas keseluruhan binaan bangunan (kasar) - 5,450 meter persegi atau 58,771 kaki persegi.
Anggaran kos pembinaan (kasar) - RM 7 Juta.
Kos Perunding (Arkitek, M&E, C&S) - 6% daripada kos pembinaan.

Ciri-Ciri :

Merangkumi semua keperluan pembelajaran, pentadbiran dan pengawasan dalam satu blok.
Memudahkan untuk membuat pengawasan dan pemantauan.
Asrama yang terletak di Tingkat Tiga terpisah di bahagian kiri dan kanan untuk pelajar lelaki dan perempuan. (Sekiranya terdapat pelajar lelaki dan perempuan).

Kotak Carian