Friday, December 31, 2010

GANGGUAN-GANGGUAN KECIL

Dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah, tentunya tidak sepi dari gangguan dan halangan yang sebenarnya sudah menjadi Sunnah dalam perjuangan dan ianya terbukti sejak wujudnya manusia iaitu dari Nabi Adam a.s sehinggalah kepada Junjungan kita Nabi Muhammad saw yang tidak putus-putus menerima tentangan, celaan dan hinaan juga fitnah, baik secara fizikan mahupun mental. Sebagai umat Nabi Muhammad saw, kita telah diberi contoh dan sunnah yang baik antaranya tatkala Baginda mendapat tawaran “3 Ta” iaitu harta, tahta dan wanita.

Nabi Muhammad saw telah mengeluarkan kata-kata azimat yang sangat begitu ampuh. Baginda berkata “Pakcik, walaupun matahari di letakkan di sebelah bahu kanan dan bulan di letakkan di sebelah bahu kiri, saya tidak akan berhenti memperjuangkan agama Allah, sehinggalah saya menang dalam perjuangan ini atau mati syahid. Inilah yang sepatutnya diwarisi oleh kita sebagai umah Nabi Muhammad saw.
Bahawa dalam memperjuangkan agama Allah, keadilan dan kebenaran, kita mesti sanggup menerima dan menghadapi 5 rintangan iaitu :

1. Mukmin yang dengki
2. Munafiq
3. Orang-orang kafir
4. Syaitan
5. Nafsu

Apabila kita sudah boleh menterjemahkan dalam kehidupan kita, insyaallah kita akan selalu dalam landasan yang benar dan mendapat pertolongan Allah. Tidak terkecuali dalam membina Taman Pendidikan Islam Nurul Iman terdapat dua gangguan iaitu :

1. Gangguan makhluk halus
- Pelajar sering hysteria, tidur dipindahkan, makan kaca, meracau, menjerit dan mempunyai kekuatan yang luar biasa dan apabila ditanya sering menunding kearah pokok yang besar. Namun dengan kuasa Allah, setelah pokok yang besar tersebut ditebang dan dimusnahkan, dijadikan tapak surau sudah tidak ada gangguan lagi.

2. Gangguan manusia
- Tapak bangunan ditaburi bunga rampai, kemenyan dan berbagai tulang
- Jalan menuju tapak bangunan ditaburi paku dan kaca
- Sewaktu bertugas di Sabah, terdapat ugutan yang mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Islam.
- Hampir setiap malam, rumah dan asrama dibaling batu.
- Ada penduduk sekitar menanam pokok durian, nangka dan cempedak dan mereka mendakwa tanah ini adalah miliknya.
- 3 kali terpaksa berhadapan dengan pihak polis disebabkan dakwaan menyimpan pendatang asing, dituduh mendera pelajar dan penderaan diantara murid (buli).
- Dituduh memberi ajaran sesat dan sekarang masih menunggu panggilan mahkamah kerana saya telah menyaman pihak JAIS dan Utusan Malaysia.
- Difitnah oleh pihak-pihak berkuasa sehingga terdapat larangan memberi ceramah, khutbah dan mengajar di selangor yang mana saya juga diberhentikan dari segala jawatan di pondok yang saya bina dari awal dan diambil ailh sehingga kini tanpa mendapat sebarang gantirugi dan pampasan.

Apapun yang paling menyedihkan lagi adalah Taman Pendidikan Islam Nurul Iman ini masih mempunyai hutang sebanyak RM 52,689.00 (Lima puluh dua ribu enam ratus lapan puluh sembilan ringgit). Namun syukur kepada Allah swt ada hamba Allah yang amat bermurah hati sudi melangsaikan sebahagian (Bil Air) hutang tersebut. Hanya dengan menadah tangan kepada Allah serta tangan-tangan yang mulia dari Tuan dan Puan inilah kami mohon pertolongan semoga Allah mengembalikan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman ini kepada yang hak atau setidak-tidaknya diberikan pampasan yang sewajarnya dan tempat yang lebih indah.

Jika ada sumbangan ikhlas derma, zakat dan wakaf AMAL JARIAH amatlah dialu-alukan untuk disalurkan ke Nurul Iman dan pihak tuan/ puan boleh menghubungi pihak pentadbiran Nurul Iman atau boleh terus menyumbang melalui akaun bank di :

Nama Akaun : Taman Pendidikan Islam Nurul Iman

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun Bank : 9010007439

No. Telefon : 019-3094080

Mudir Nurul Iman : Bapak Kiyai Haji T. Wahidin Soekarno Al-Haj


Semoga segala sumbangan ikhlas anda semua akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan sebaik-baik balasan dan pihak pentadbiran mengucapkan Syukran Jazilan Wa Afwan Kathiraa.

No comments:

Kotak Carian